Saturday, January 18, 2014

I want to stay fit even when i get older.

Assalamualaikum semua.
Hello. Just came back from a long run. (Ahaaaa!! Kene tipu. Haha.) Not that long. But at least I had sweat, good sweat. *smile. It's my first run for this year, 2014, after a month. -_-“  sangat unhealthy lifestyle sejak akhir ni. But I do control my appetite, just eat what I need. Not what I want. And still been struggle for it. It is not for being slim, for now, just to keep fit. Padahal dah givup tiap-tiap tahun asyik niat nak kurus, tapi masih maintain cam ni haaaa. Haha.

Bila usia semakin meningkat, aku semakin health conscious.Yalah, tengok keadaan sekeliling kawan-kawan, parents, and orang sekeliling. Merisaukan. Nak-nak lagi perihal makanan manis, yes I do love dessert, but lepas tu pasti aku minum banyak air putih. Lately terfikir, aku patut minum air mineral instead of air R.O. at least my body absorb something then just A water. Right? It's good for ur health too. I’m sure.

A friend told me back then when I turned 25 last week, he said my natural collagen will stop produced to my body and I have to take supplement. Hmmm. Penghasilan collagen will decrease 1.5% setiap tahun after 25. Oh mai. That is why you will look older because the kilang collagen dalam badan dah tutup. -____-“
I don’t mind to look older, everyone pasti akan tua, but I want to stay fit and healthy. Even I want to look healthy in my skin. Haha. Sebelum ni aku tak bape kesah sangat pasal supplement, (selain dari hanya untuk Si Lutut kesayangan, makanannya Glucosamine), aku tgk knkwn punya lah sebok beli collagen tu ni tok cantik. But I just don’t give a damn about it, sebab my mama cakap I don’t really need supplement till u r 25. So, aku tak amek lah sampailah sekarang ni. But bila dh dengar and read myself bout the natural collagen, they all advice for us, 25 year OLD lady to take other supplement to stay cergas. Hmmmm. And now, I don’t know which one I need most.

Bawang, soya, tomatoes, veges, telur, almods, and absolutely fruits, semua ni lah yang boleh tambahkan collagen natural. And of cause, semua pun memang makanan favourite aku. I just need to take them continuesly in a healthy way, cara memasaknya pula. Raw or over cook. Urghhh. Leceh pulok. Haha. Other than that, I try to stay take a glass of milk, everyday. But seperti korang tahu, milk kat Malaysia tak lah murah nau, but aku cuba make sure minum every 3 or 4 days. Kalau hari-hari lagi baik. Kan? Slaloo amek susu HL, aku kene ada backup susu, powder one, Anlene. Sebelum ni minum, I don’t know why I stop drink Anlene. Mari kita start semula? (: aku suka minum minuman panas, specially Nescafe. Haha. And I guess lately I am addicted to it. -_____-“ so, ini salah satu cara nak mengelakkan dari minum too much caffeine I guess, gantikan ngan hor Anlene milk. And it's a deal!! (with myself. Ahaaa!)


Supplement yang berjenis pill, aku rasa, I will take Fish Oil. Even I haven’t buy yet. But I will, next month. And I hope, this will keep me good. Insya-Allah. Exercise, sleep well, healthy food, love and pray. Insya-Allah apa yang kita idamkan tercapai, just istiqamah and tawakal. Good luck rakan-rakan. *wink!

Monday, January 13, 2014

Baginda

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar!
Sebelum meneruskan bacaan, lafazkan dahulu. Taw! :D

Goreng ayam sambil blogging? Kau hado? Hahaha. While waiting ayam digoreng, aku mengambil kesempatan ini untuk memblogging. Laptop di sebelah kiri sambil senduk pula di sebelah kanan. Erk? Hahaha. Kidding, aku take turn lah ngan rakan housemates yang lain. Oleh kerana menyambut Maulidur Rasul di rumah, kami bersetuju memasak nasi briyani. (:

Masa zaman kecik-kecik sumpah lah tatau apa maksud Maulidur Rasul ni, tapi yang aku paling lah tak suka bila sambutan ni jer comfirm org ejek-ejek aku. Tak pasal-pasal nama atok aku disebut n diejek. Haha. Biasa ah zaman sekolah rendah kan, yang pelik nya zaman dulu bila ingat semula bapak marah giler sapa ejek, skang kalau ingat semula gelak-gelak jer. Haha. Nama atuk aku Maulud, comfirm-comfirm lah kene ejek. Tipu lah aku cakap aku tak balas balik kan? Haha. Gadis Melaka kot! Haha.  Sape jer berani nak kacau. Haha.

Sambutan Maulidur Rasul masa zaman sekolah sangat meriah, nak-nak lagi time nak tunggu pertandingan nasyid. Pergh!! Haha. Tu favourite kami kot. Sebab kami suka melibatkan diri juga. And masih ingat lagi, kami baru Tahun 4, and kami menang! Haha. Excited pulak. J

'Agama Islam, din kekuatan, penuh dugaan, dan cabaran,
Nabi Muhammad insan pilihan, akhlak mulia jadikan pedoman,
Gunung iman berkatnya sabar, ................................................
Jauh diri dari sifat mazmumah, Moga hidup diberkati,
Percayalah kepada ilahi, tiap usaha, akan diberkati, 
manusia hidup dan mati, moga menjadi insane mithali.'

Sebahagian daripada jihad kami melalui nasyid. (:

Hari Maulidur Rasul ini adalah sambutan menyambut kelahiran Rasulullah SAW kita. Birthday baginda, and kali ini birthday dia berdekatan ngan birthday masihi aku. *angkat2 kening. Haha. But actually it's different,I was born on 3rd Jamadil Akhir 1409, and him on 12 Rabi’ul Awwal tahun Gajah. Bersamaan aku pada 11 Januari 1989 and him, 20 April 571 Masehi. Kalender Islam and kalender biasa memang berbeza kerana kalender Islam punyai 354/355 hari setahun. Kalau kalender masihi 365 hari setahun. Lebih kurang 10 atau 11 hari lebih hari dari kalender Islam.

 Banyak-banyak sirah Nabi Muhammad SAW, yang paling aku mengkagumi zaman-kecil-kecil dulu ialah sirah yang menceritakan hati Nabi Muhammad SAW dibersihkan dengan air zam-zam. Sesetengah riwayat mengatakan Rasulullah dikejutkan malaikat Jibrail and Mika’il untuk menempuh proses penyucian hati ini. Peristiwa ini berlaku kerana untuk membuang keruh hitam daripada hati yang disebut ‘alaqah’, ketulan yang menjadikan tempat syaitan membisikkan godaan dan menimbulkan perasaan was-was terhadap manusia. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Selepas selesai dada dicantumkan, diletakkan Khatimun Nubuwwah sebagai cop kenabian baginda.

Setiap kali sirah ni diceritakan oleh Ustazah atau para penceramah, minda aku waktu itu terus bermain dengan laju sekali. And pasti aku bygkan ada ambulance, ada bahan-bahan alat nak belah dada, ramai para malaikat menolong semasa proses pembedahan and mereka buat pembedahan itu di sebelah telaga zam-zam. Senyum saja aku bila aku mengingat kembali. (: Bila sudah meningkat usia, aku faham keindahannya, jauh dari sudut minda untuk membayangkan peristiwa mulia ini berlaku dan pasti aku tahu apa yang datang dari Allah hanya yang indah-indah dan sempurna. Subhanallah.

Masih aku cemburu pada umatnya yang lain yang boleh melihatnya dengan mata sendiri di alam duniawi. Insya-Allah, I will pray hard to see you in Akhirah. (:

Walau apa pun, kemuliaan menjadi pedoman sepanjang zaman. Semoga kita menjadikan sunnah nya sebagai amalan kita yang semestinya membantu kita menempuh kehidupan yang lebih diberkati.

‘Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad.’ (:

Friday, January 10, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah.
The first word for this post and the first word for my everyday. Things yang aku belajar sejak akhir-akhir ini supaya lebih berterima kasih. Perbanyakkan terima kasih. Tidak kira apa-apa yang mendatang. Mungkin lebih terpukul selepas membaca novel Bidadari Bumi iaitu Ustazah Halimah Alaydrus (Si Penulis) telah terserempak dengan seorang wanita tua yang menaiki bas sama dengan beliau. Kagumnya beliau pada wanita tua tersebut apabila berlakunya kemalangan semasa menaiki bas, yang menyebabkan wanita tua itu luka parah di lengan. Darah memancut-mancut dengan luka yang agak besar. Akan tetapi, wanita tua itu mengucapkan Alhamdulillah walaupun keadaannya seperti parah. Subhanallah. Indahnya pandangan wanita tua itu dengan ujian yang Allah berikan. Wanita tua itu memandang ujian yang idberi oleh Nya pada sudut yang positif, dia masih hidup dan luka parahnya itu adalah hanya sedikit ujian. Mulianya pandangannya. Semoga beliau dapat membuka pandangan ramai lagi insan apa erti syukur yang sebenar. Untuk aku jua. (:

Mood di atas mood nasihat. Ayat re-tune sedikit. Haha. Azam tahun baru? Azam umur yang sudah meningkat? Oh. Ini adalah azam hidup aku sendiri sebenarnya. Sebelum tahun baru dan sebelum umur naik lagi. Untuk lebih berterima kasih, walaupun penat, walaupun sedikit, walaupun sakit. Syukur dengan apa yang ada. Tipulah kalau aku tak pernah merungut. Contoh yang pasti rasa syukur and bersalah datang kemudian selepas memaki hamun lobang di jalan tar yang tidka ebrsalah itu yang telah mengakibatkan kaki tersadung dan sedikit terseliuh. Almaklum kaki ACL ni mmg sensitive. Haha. Sape yang terkena tahulah. Nak-nak lagi bila heavy weight yang boleh mengurangkan stability tubuh ini sendiri. Haha. Jauh sangat pemikiran untuk bersyukur kerana masih boleh berjalan jauh dan berlari walaupun berbalut. Pada saat itu aku hanya mampu fikir, mengapa menarik semula kelasakkan aku miliki kaki yang kuat? Nikmat yang diberikan mungkin aku telah menggunakan dengan niat yang jahat selama ini. Dan aku lupa untuk bersyukur. Hmmm.  Tapi Alhamdulillah, aku masih mampu boleh bersenam dan mengajar anak-anak murid untuk tidak melakukan kesalahan yang sama. Aku tersenyum kerana aku tersedar.

Aku telah meningkat lagi satu anak tangga tahun, suku abad kata calendar masihi. Ada yang kate sudah tua, ada yang kata masih rancak untuk berhibur ketawa. Biarlah keindahan tu datang sendiri, dengan izin- Nya. Dia lebih tahu apa yang berhak aku melihat keadaan dunia pada waktu yang diperlukan. Ewah. Okay. Susah nau nk retune semula ayat sempoi bila dh mula ngan nada serius pada awalnya. -_-“ Papepun, tahun ni aku masih kene baling ngan tepung. 


Urghhh. Semua kerja housemates yang kurang matang. HAHA. Mereka dibawah ini. -__-" Aku dengan gaya memberontak sebab taknak menyapu. Haha. 

But it's okay, i know we all had fun last night. 

My wish, to burn sumtin on my birthday. Haha. So I burn this. :) 



 Oleh kerana jauh, Abah wish me with this picture. A picture of me taken by him. of cause. Probably i'm just few months old in this picture. Muka tenang habis. HAHA. sekarang, alahai ejr lah kalau menatap. Bhahhaha.


Thank you for the wishes, from family, friends, and also from Farysa. Thank you. (:
Alhamdulillah I still have all of you. (even i still have to celebrate my birthday alone at home. -___-" HAHA. ) Thank you for being a part of my life. Everyone means alot to me, maybe korang tak rasa. But each of you has taught me little bit each of something, something good. Thank you so much. That makes me real me. I pray for all of you, May Allah protect all of you and campakkan nikmat to be better muslim. Insya-Allah. Thank you all. Thank you Allah. :D