Sunday, December 22, 2013

Packing

Bila makin dewasa, memang blogging itu bukan satu benda yang mudah. I mean perihal masa lah untuk dispent kan. Mungkin banyak lagi perkara dan tanggungjawab yang perlu di selesaikan. Mencari masa secara curi-curi sahaja dapat memenuhi hasrat jauh di hati tu kerana sayangkan blogging. Haha. Padahal....... (hanya kau saja yang tahu). Hanya tinggal seminggu saja lagi aku dapat menghabiskan masa di Melaka. Kemudian bertapa semula di Miri kerana ingin mencurahkan ilmu dan menjalankan tanggungjawab. Demi anak-anak murid yang dahagakan ilmu. Kalau tak dahaga pun, kan ku buat mu sampai haus dan meminta and melutut untuk belajar denganku. Haha.

Planning aku untuk membuat soalan-soalan kecil bagi subjek Sains UPSR lebur cmtu jer. Ini semua hasutan rakan sebaya yang mengasyikkan. Haha. Asyik ajak aku keluar jaaa berjalan. Nextweek pula aku akan ber holiday ngan family. Aku bawak gak buku Sains UPSR aku as ulang kaji. Haha. Ini lah jadinya bila 5 tahun setengah kau belajar Pendidikan Jasmani tapi at last menjadi Cikgu subjek Sains yang tetap di sekolah. Tapi aku pasti menyahut cabaran dengan lapang dada. And Sains pernah menjadi salah satu subjek kegemaran pada suatu ketika dahulu. Hoooyeahhh! *senyum.

Packing for holidays has been done. Just tunggu masa jaa esok untuk bertolak. Not really in da mood for holidays, tak tahu kenapa. Mungkin kerana dah hujung2 masa cuti ni, aku lebih gemar menghabiskan masa di rumah. Di kampong. Tapi sape lah taknak jalankan? Haha. Jalan free plak Abah belanja walaupun dha bekerjaya. -____-“ rezeki namanya. Kahkahkah. Disebabkan masa semakin suntuk, packing untuk pulang ke Miri juga sudah selesai. So, taklah aku terkocoh2 pulang dari holiday nanti untuk ke Miri pula seterusnya.


Penerbangan pulang ke Miri kali ni naik MAS. Puas hati juga, sbb luggage 30 kg kan. Aku nak bawak balik macam2!! Hahaha. Handbags, heels, bajussssss, tudungssss.... oh man. Haha. Boleh tak nak bawak balik semua barang? :D I wish i can bring all clothes. But i can’t. Payah plak kalau dapat pindah nanti. Haha. Perasan dapat pindah. Insya-Allah berkat doa. Pasti akan pindah. Errr.... GTG now. Sudden urgent call. Later!! 

Monday, December 16, 2013

Melur's day.


'Melur Sarah (ET, nama timangan comel gtu) nye birthday hari ni. Tanya dia nak apa, dia jawab nak externel baru. padahal dia dah ada 3. Mungkin dia nak tambah lagi satu penuh ngan drama Jepun yang abg am dia hasud tu plak lepas ni. Hmm. Then tadi dia tukar cakap nak shawl Sincerelybyus. Tp dapat bygkan dia bukan nak selai dua ni. Haha. Bila plak nak jalan p Shah Alam. Esok kita p lah, nak tak ET? Haha. Tinggalkan mama. Sebab kalau mama ikot mesti mama borong lagi banyak nanti. (cara mengelakkan pemborosan ebrlaku mungkin) HAHA. Sementara kakakmu ni masih cuti sekolah, jom lah kita p. Kang dah balik sana payah lah nak balik cni. Hmmm. (ayat sedih padahal tiap2 bulan balik semenanjung) Haha. 


Masa kenduri haritu, terharu sikit bila borak2 ngan ET and kazen2. topiknya timbul, bila kazen gtau yg dia nampak matang dari kakaknya. Yang ni memang slaloo lah org cakap. Biasalah, akaknya awet muda. Haha. Bukan kakaknya tak matang tau, just mmg nampak muda. Eh? Haha. And pasti ada yang cakap dia kakak, kakaknya plak yang adik bungsu. (Aku tak manja tau. haha.) Then bila dia pintas menyatakan, 'Semua orang pun layan ET macam kakak and matang jer, akak sorang jer layan ET macam adik bungsu. Dengan org lain akak act memang playful, tapi ngan ET jer dia matang.' WAH!! even aku tatau apa yg dia cuba sampaikan, tapi kelihatan mcm compliment jer. Haha. Memang lah layan ET cam adik bungsu, sebab ET memang anak bungsu.

Papepun, selamat hari lahir wahai adik perempuan kesayangan. Jangan buat muka garang, bila buat muka garang nampak tua. Hehe. Sila senyum and ketawa selalu macam akak kesayangan awak ni. Pasti nampak muda. HAHA. Jaga diri baik2, make people feel ease too. Sayang awak lah! — feeling wonderful with Melur Sarah.'

Atas ni status facebook aku for today. 16th December 2013. Hari lahir beliau. Encik Farysa cakap supaya dihapdate di blog. So aku kopi pes je lah. Haha.

One hell yeah great sister not like other that i cud imagine. Thank you Allah bagi aku adik macam ni. Even dia slaloo marah-marah and beremosi, i just love the way she is. Protect her Ya Rabb. :D

 

Monday, December 9, 2013

Scallop Trufflr Aglio Olio

Yes hello. I’m back from Utara. Jumaat, Sabtu, Ahad jaa perjalanan. Not really that lama. Jumaat just lepak KL. Meet my friends the #paralakhanats what we have been given named. Haha. We tried Acme Bar & Coffee for our dinner on last Friday night. Located at The Troika. I’ve ordered Scallop Truffle Aglio Olio and a glass of Ice Granita Mango. Seems expensive. Quantity of food so little, quality not that menarik. But we did have fun. I’ve introduce Yeye and my MAA to them. We talk alot, and mengumpat alot too. Haha. Disebabkan environment sangat expensive, buat aku nak cakap malay pun terhagak2. Haha. But kami cakap gak. Lantak la hoi. Sbb aku tahu waitress tu faham jer apa aku kutuk bar tu. Hahaha.


Then gerak ke Kedah on pagi Sabtu. The journey was okay. Idk. Maybe less of sparkling. Haha. Gerak with Miah and Yeye by my Si Purple. Sampai jaa wedding my Ex-Roomate, terus makan. Time tu lah kau dengar bersepah orang cakap Utara. Haha. Jumpe kawan-kawan belajar and semua pun comel2 and the boys juga, makin katang aku lihat. Lengan semua dah besar peha aku. Hahaha. Good workout guys! Almaklum, satu kelas ngan sportsman memang smua berketaq lah. Haha. The Bride sgt cantik, all the sequin, pearls, tiara. That's what everybody loves about wedding. Selain dari the food. Haha. Semua pun nak tengok the Bride. I wish you all the happiness in the world friend. May have lots of laughs together with ur husband. Amin!



After taking pictures, laughs and ate. Kami terus ke Penang. Apa yang ada di Sungai Petani tak ku jengah. Haha. Sebab kami cecepat ke Penang. Bhahahha. The best part masok Penang, drive all way through the Penang Bridge!! Tu paling aku suka. Rasa macam i’m ondaway to another world. Haha. We went to Wall Street Art, Penang . Parking punya lah jauh, last2 jalan kaki. Tapi tak dapat tengok semuanya, sebab sesat2 kami berjalan kaki. Sampai seluar aku koyak tengah. Haha. I should planned earlier. Next time jalan plan dulu ye Nadrah. Banyak kali jadi macam ni. Unwell plan. Insya-Allah. So, here’s the photos. ^_^






Cool isn’t it? Semua pun menarik. Buat aku nak melukis juga di dinding sana. Haha. Nanti ada rumah sendiri ko lukis dah pepuas ye. Lepak ke Penang sekejab jaaa. Dalam kol 10pm gerak pulang KL. Sbb Penang jem. Malas nak ngadap lama-lama. Camne lah orang Penang dok sana. I mean the Pulau. Sangat traffic. Pemanduan di teruskan dengan mendengar CD yang di burn Yeye again and again selama 5 jam perjalanan. HAHA. All the way aku just borak jaa with them bersilih ganti. That's what I love about driving jauh. Talking in car tu cam u reveal about everything. Mcm duduk dalam we-tell-secrets zone. Haha. Papepun, Alhamdulillah. All went well. *senyum.

Bye. Hehe. *wink!

Thursday, December 5, 2013

Biawak

Hello. I’m back! Here a picture for a welcoming part. HAHA. Quite my latest photo. but...... arghhh... Abaikan. Haha.


It’s not been awhile, it has been ages I didn’t blog. Bhahaha. Too many things yang mahu diupdate. But I guess we start today’s story. *smile.

Bilik adik saya masok biawak. Bhahahha. Padan muka sapa suruh tido petang hari. It’s a sign!! Haha. Biawak tu suruh bangun kejut and teman akak p jogging!! Haha. Tapi memang yakini, kalau 22 ekor biawak masok pun dia taknak teman akak dia ni p jogging. -___-“

Me, as me. Routine as always, jogging and jogging and situps and squatting but today patah semangat sikit bila sampai-sampai jer Bukit Serindit hujan lebat. Urghhhh. So kay. Positif Nadrah. That’s mean no running today! Haha. I guess this little hamstring and gastrocnemius need a good rest. Nak-nak bila muscle kat kaki ni macam di tarik-tarik jer.

Semalam suruh Abah urut, and aku suruh abah urut betis, and Abah pelik kenapa lari sakit kat betis. Dia tanye tak warm up kaaa? I did my warm up. I guess tak cukup warm up. Hurmmm. Lama sangat meninggalkan routine. Kalau sakit running pun selalunya akan attack hamstring. I will try do my warm up lama daripada biasa after this.

Hmm. Selain jogging? Just duduk rumah jaaa starts from my school holidays yang dah start 3 weeks ago. Haha. I don’t have plan much, cause i guess i just wanna spending time only on my bed. Memandangkan kerja di Miri masih belum membeli katil sendiri, bila dh ada duit i don’t think bed is a-must-to-buy. Haha. Bapak kedekut. Hahahha. Bed? Boring me. 

But tomorrow I’ll start the journey to my Ex-roomy’s wedding at Kedah. And this time I’ll be driving myself! How awesome is that? OK. Lapok. Haha. It will be my first time. But I’m not alone, for sure. My frens Yeye and Miah will be accompany me all the way to Sungai Petani. I wonder what’s the best part at Sungai Petani. Let’s have a check. Clock tower, Taman Jumbilee Perak, Pasar Tani, Gunung Jerai, Lembah Bujang. Hurmmm. I don’t really have things to say yet. Haha. Wait till I go there. Insya-Allah. Even it's not in plan. Tujuan utama pun nak p wedding. But we will see how. So I guess, enough for today buat lepas gian nak menulis. Haha. Hello again and bye bye. *wink!


Monday, January 14, 2013

Dua Puluh Empat

New year dah lepas. Birthday aku pun dah lepas. Haha. Nak menaip punya lah malas. Sejak ada Instagram yang boleh di capture mana-mana ni. Buat aku mula perasan ada Apps yg boleh ilangkan all the blemish and kesan kedutan. HAHAHA! Bersepah betul gambar kau, Nadrah. And sengaja juga kau sepahkan gambar orang lain juga? Haha. Maaf MAA, keadaan excited sering merasakan ianya perlu untuk diupload sekali wajah matang mu itu. (: Maaf telah membuat muka mu famous dan persoalan kepada orang ramai. O.O

New Year? Seperti beberapa tahun lepas. Aku tidak mahu lagi berazam bukan-bukan. Aku hanya mahu berazam di waktu malam, supaya niat malam itu akan ku tunaikan keesokkan harinya. Amin!! Hehe. Birthday? Kuangkuangkuang! (: Hari Jadian kali ini simple and low profile. Aku rasa lebih dihargai bila dah privatekan tarikh di FB masih ada yang mengingati. Alhamdulillah. Tapi yang jahatnya aku ni malas nau nak wish org. :P Maaf. Dah menjadi habit malas nak wish birthday orang sekarang. Sigh. Perlu diubah. (: Papepun, terima kasih Abah, Mama, siblings, friends, family, and MAA. (: Even takde pape yang highlight, masih aku senyum simpul dari pagi sampai petang. Chewah. Alhamdulillah and thank you semua. Thank you, Allah. (: 

24.
DUA PULUH EMPAT bukan sebarang nombor, 
DUA PULUH EMPAT nombor yang besar, 
DUA PULUH EMPAT itu tanggungjawab, 
DUA PULUH EMPAT bukan beerti kebebasan. 

Tanam itu Nadrah. Mungkin kau saja yang mengerti, tidak apa-apa. Sebab kau tahu apa yang perlu dan tidak. Hopefully hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna dan dapat menguruskan dengan bijak. Amin. (:


A’a. itu salah satu gambar DUA PULUH EMPAT tahun yang telah di instagramkan lah. Haha. Seronok jer IG ni. Tapi masih ada yang kurang. And I don’t know what. ;p Cukup lah kot Instagram tu. Tapi kalau semua benda pun kau nak upload dah rasa cam hapo dah. So, skang dah slow semula. Haha. KAlau tak, tiap kali gambar kaki aku berjalan pun aku nak capture. Haha.

Paepun, it’s a bit sedih bila dah 2 minggu latihan Handball dibatalkan kerana court masih digunakan. Aku tak tahu apa. But hopefully minggu ni ada latihan training. Diet aku juga dah lari sikit sejak asyik berjalan dan merantau ni. Khamis ni ke Kuala Lumpur lagi. Menemani sahabat bekerja di sana. And aku? Saja ke sana untuk mengimbau kenangan serta mengambil bau-bauan kerinduan. Ewah! Hahaha. Padahal semalam baru aku ke KL. And best part, naik bus. Bhahahha. ;p 


Lama benar hamba tak naik bus. Sejak sudah berkenderaan sendiri. And lama juga tak jalan kaki dari Melaka Sentral ke Peringgit. (: Mungkin keadaan rasa lebih dekat and rasa tidak menyusahkan kerna hati juga dalam keadaan gembira and tenang. Alhamdulillah. Semoga keadaan-keadaan seperti ini akan maintain. Insyallah. (:

Walauapa pun, aku berharap. Cuti-cuti aku seterusnya dipenuhi dengan perkara yang lebih berfaedah lagi. Selain ke body spa. -______-“ yang aku merasakan takde effect pape kat body kebal aku ni. HAHA. Insyallah, will pick other bright ways. (:

Sunday, December 30, 2012

Brave Heart.

"She was courageous in fighting for her life for so long against the odds but the trauma to her body was too severe for her to overcome," Kelvin Loh, chief executive officer of the Mount Elizabeth Hospital in Singapore said in a statement announcing her death from multiple organ failure.
 _______________________


Aku tak sekuat kau. Even kita sebaya. Aku yakin, aku akan tergamam kalau ia betul-betul jadi kat diri sendiri. 6 orang? Seorang pun belum tentu aku dapat melepaskan diri. Seorang pun belum tentu aku selamat. Hmm. You’re the brave one young lady. You have fought till end. end of your life. Thats alot of courage you to have. May you rest in peace. I cried. Yes I am. Sedihnya baca every article bout you. Some people are just born with an animal’s brain. They just don’t know what else to do in their’s life.



'Ya Allah, berikan peringatan buat yang ada. Beri amaran buat yang merancang. Selamatkan yang tidak bersalah, hukum bagi yang buat, sedarkan mana yang terlibat. Demi kesejahteraan saudara-saudara yang lain. Demi masa depan yang lebih cerah.'

'Ya Allah, kau buka kan mata kaum Adam yang lain. Beri mereka keberanian untuk menjaga. Beri mereka kebijaksanaan untuk berfikir. Supaya mana yang tersentuh, akan lebih memahami. Kerana ini bukan lain mainan, ini bukan lagi cerita. Kejadian yang benar-benar berlaku. Bukan seperti mana manusia yang Engkau ciptakan, Ya Allah. Ini lain. Mohon dari aku, mohon dari semua, agar kaum hawa yang lain terlindung. Amin.'



All article dari Google. Harap maklum.

Saturday, December 29, 2012

'Hati itu dipilih, bukan memilih.'

Berazam untuk melakukan situps 200 kali per day amatlah menyeksakan abdomen di bawah lemak. Akan tetapi, aku masih juga meneruskan rutin ini. Demi mendapatkan perut seperti ala-ala Gwen Stefeni yang dah ber-anak sepuluh itu. Okay, I’m kidding. Aku tatau dia ada bape orang anak. Tapi son dia giler cool. Haha. Siaplah aku ada anak nanti. Memang aku dressupkan ko from head to toe. HAHA.

Pemikiran aku bercelaru. Dari pagi tadi dengan mengadap Revolusi Perancis : Les Misrable dan ketika pulang dengan mengadap Perahu Kertas iaitu movie dari perantauan Indonesia (padahal ngadap trailer ajer) dan meneruskan pula dengan Breaking Dawn : Twilight as movie malam Sabtu dengan bersendiriannya (Hmm : Sila simpati). Campurkan semua jadi sweet sour pedas-pedas cili padi. Dari Sejarah turun ke Cita-cita keazaman dan ke alam Percintaan. Okay. Celaru abes. Esok comfirm 10 kilo for run. ( ayat ini agak budget sikit lah). Haha.

Les Misrable, France Revolution. Memang membuka mata. Pergolakkan third class people yang nakkan keadilan. Hmm. Tapi comfirm aku yakin memang tak ramai yang tengok cerita ni. Tadi pun aku tengok dalam panggung ada dalam 9 orang jer. Waduh. Kesian pulak. Cite sejarah camni, payah lah nak menarik minat orang. (Aku? Errr….)  ;p Nak-nak yang kaki movie semestinya dari golongan youth. Papepun, Anne Hathaway masih two thumbs up dari aku. Memey dolu tak bape nak suka minah ni, tapi sejak dia jadi Cat Women from latest Batman, MEOWWWW… Terus menjadi pujaan pula. Juga cerita ‘Love and other drugs’. Ohhh. Mengingatkan aku pada character Anne Hathaway dalam cita tu. (senyum saja mampu).  

Hmm. Comelnya mereka. Tengok cerita lain, gambar cerita lain aku letak. HAHA.
‘Perahu Kertas’, mampu tengok trailer dia ajer. Lama tak tengok cerita Indo, zaman sekolah dulu, aku lebih prefer cerita Indo. Mudah sampai sikit apa yang tak jelas tu, and comfirm nangis macam orang giler. Padahal bila tengok kali kedua aku………. Masih nangis. -___-“ okay-okay, aku ngaku aku kuamemey sket. Tapi memang touching kot kalau cerita Indo ni. Haha. Dari trailer pun dah menunjukkan best cerita ni. And tertarik dengan ayat satu ni.

“Hati itu dipilih, bukan memilih. Bertahan atau melepaskan, bagaimana hatimu, tergantung hatimu, hatimu yang tahu.” – Wayan.

Menarik bukan? Aku terasa dengan ayat ini. But its too difficult to explain. Hmm. Anyhow, enjoy photos petang tadi. Gambar mama kurang sopan plak, tak mampu nak share. Harap Maklum. -_-"


Sis saya yang idung kembang. Hehe.
Pucca Pucci. Muax! Muax! HAHA. 

Thursday, December 27, 2012

Sahabat


Bila aku menjadi comel seketika. Haha.
Sesi Karaoke sendirian di bilik sorang-sorang. Haha. 
Memang gelak-gelak jer nyanyi banyak salah.
Kahkahkahkah,
Nak men gitar sendiri memang kejung tangan ni.
Apatah lagi piano.
Apa? Kompang, Hmmm. Tu pun belum tentu pukulan aku betul.
Pukul orang aku reti ah. Hahaha. 
Do enjoy, awak-awak sekalian! :D


Buat sapa yang memahami. :)

Handball


Alhamdulillah. I already booked the dewan. Yeahhhh!! Apa? Kahwin? -______-“ Nampak tak betapa panjangnya face gua di situ? Haha. Bukan lahhhhhhhhh!! I’ve booked for playing handball indoor esok. And tomorrow will be my first time play this game indoor. So, little bit jakun and excited. :D Tambah lagi, geng-geng perempuan sahaja. Yeayyyy!! And again, BIG yeahhh!! ( Hmmm. I guess tak big mana pun. -_-“ ) Akhirnya, ada juga gadis-gadis nak bersukan. Haha. Penat aku pancing sorang-sorang suruh main bersama. Alhamdulillah. Masih ada mahu member kerjasama. ^_^ Tak lupa juga, thank you Abah, sponser bola. :D

Jika nak flash back ketika zaman sekolah, memang kami main kat padang jer. Ni baru nak dapat merasa bermain Handball secara indoor. Memandangkan peraturan dah tukar, Handball sememangnya adalah permainan indoor, bukan outdoor lagi. Zaman sekolah semestinya perihal budget tok menyewa court indoor selalu menjadi masalah utama. Sebab tu sewa padang sekolah jer. Padang SMKA Sultan Muhammad and High School St. David memanjang. And kenkadang, padang sekolah aku. Tapi kalau buat kat sekolah sendiri. Haaaa…. Tak best, tak dapat nak langkah panjang ke sekolah-sekolah lain lah bro. Tak dapat nak nyanyi dalam bas, tak dapat nak baca doa bersama-sama ketika on the way nak ke tempat pertandingan, tak rasa kedupdapdupdap nak menempuh perlawanan, tak dapat nak tidur selepas keletihan pulang sambil menyarongkan medal dileher. Ewahhh. Haha. Dengan supporters lagi. Haishhh. Rindu lah. And yang tak best juga, tak dapat melihat environment lain dan yang lain lain lain lain juga lah! HAHA.

Environment paling best skali kalau buat kat sekolah lain, ialah kat sekolah lelaki lah, alahai. HAHA. Sumpah tak fikir game pun, fikir kasut, baju, jersey buruk pun kami pertikaikan dahulu. Bhahhaha. Sila memahami ragam-ragam kami yang sekolah perempuan ni. Hehe. Saat ni lah nak belanja mata. Hehe. Tapi bila dah timing nak ke toilet, time tu lah sumpah seranah Melaka keluar. Haha. Nama pun sekolah lelaki. Time tu lah aku tengok teammates aku dok berjalan-jalan tanya budak sekolah lelaki lain,

‘Awak-awak, mana tandas perempuan ye?’, HAHHAHAHAA.

Okay. Itu rekaan semata-mata. ( Mungkin jauh disudut memories, ianya kepunyaan sendiri. EH? Hahaha. Abaikan. ) And this some of my photos. 


MSS Melaka. Di IPG Kampus Teknik, Cheras. 2005.


I believe ni time Form 4. At my school. SMK Tinggi Perempuan Melaka. How skinny I am. -__-"

I'm flyinggggggg!! Haha. Bontot memang natural dari kecil montok. Harap Maklum.

Time training. :) With my humble coach, Cikgu Nazari.
And penghargaan dari aku juga, Cikgu Musa, Cikgu Dzali, Ustad Rusydi, Ustazah Norlizah serta lain-lain yang pernah membimbing aku dalam Handball zaman sekolah rendah. Cikgu Baha, Cikgu Syamugam, Sir Peong, Miss Ng, dan lain-lain. (Maap jika ada yang tertinggal). Yang pasti, semua dalam ingatan. Hehe. Touching ler. 

Papepun, aku berharap esok keadaan tenang and berjalan dengan smooth saja. (:

Tuesday, December 25, 2012

Let's paint!

Bila berkemahuan ingin menambahkan lagi warna-warni dalam kehidupan. Eh? Hehe.

It all starts here. 




Part ni seperti cool. :)






Part ni macam paling payah jer. Tak dapat nak agak sebab warna hitam. Takut sangat kalau tersalah kaler. -___-"
Saat-saat melukis dan menunggu SMS orang. -___-" 


Sampai ke sudah handphone tak bebrunyi. Ohhh. Sedih, kuciwa. 








Misai yang cacat. Haha.

It’s been 3 hours melukis. Sambil mendengar Kemah Keming Uztaz Azhar Idrus with Abah at Astro Oasis. ^_^ Akhirnya siap jua. Face of harimau menjadi pilihan hati. Hehe. Naseb jadi juga lah. Kalau tengok lukisan ni, still orang leh recognize it is a tiger. Haha. jangan tak ada rupa sudah. Actually, aku tak lukis dengan cara yang betul. ERK. I do it my way. Kalau Cikgu Pardon (My previous Cikgu Seni) tengok this step by step, for sure kene marah. Haha. But apa jer boleh jadi kan? Apa-apa seni yang dihasilkan its not wrong at all. So, this is my way. Haha. 






So, inilah hasilnya. How's it? You all rasa? (: Bahagian bawah n atas tu patutnya putih ajer, tapi tangan ni gatal, still nak buat that whirl. Gosh, I guess, its been my trademark lah kene ada juga that whirl. -__-" Macam tak kene, tapi buat-buat kene jelah okay? Haha. 


Now addicted nak beli canvas lain pulak. Hesh. Mana nak cari kat Melaka ni? Mahal pulak tu. Been planning nak beli kain sendiri and buat canvas painting sendiri. If only ada masa and rajin. Haha.  

P/s : Specially devote to Farysa, Si Harimau Api. ^_^