Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar!
Sebelum meneruskan bacaan, lafazkan dahulu. Taw! :D
Goreng ayam sambil blogging? Kau hado? Hahaha. While waiting
ayam digoreng, aku mengambil kesempatan ini untuk memblogging. Laptop di
sebelah kiri sambil senduk pula di sebelah kanan. Erk? Hahaha. Kidding, aku
take turn lah ngan rakan housemates yang lain. Oleh kerana menyambut Maulidur Rasul
di rumah, kami bersetuju memasak nasi briyani. (:
Masa zaman kecik-kecik sumpah lah tatau apa maksud Maulidur
Rasul ni, tapi yang aku paling lah tak suka bila sambutan ni jer comfirm org
ejek-ejek aku. Tak pasal-pasal nama atok aku disebut n diejek. Haha. Biasa ah
zaman sekolah rendah kan, yang pelik nya zaman dulu bila ingat semula bapak
marah giler sapa ejek, skang kalau ingat semula gelak-gelak jer. Haha. Nama atuk
aku Maulud, comfirm-comfirm lah kene ejek. Tipu lah aku cakap aku tak balas
balik kan? Haha. Gadis Melaka kot! Haha. Sape jer berani nak kacau. Haha.
Sambutan Maulidur Rasul masa zaman sekolah sangat meriah,
nak-nak lagi time nak tunggu pertandingan nasyid. Pergh!! Haha. Tu favourite
kami kot. Sebab kami suka melibatkan diri juga. And masih ingat lagi, kami baru
Tahun 4, and kami menang! Haha. Excited pulak. J
'Agama Islam, din kekuatan, penuh dugaan, dan cabaran,
Nabi Muhammad insan pilihan, akhlak mulia jadikan pedoman,
Gunung iman berkatnya sabar, ................................................
Jauh diri dari sifat mazmumah, Moga hidup diberkati,
Percayalah kepada ilahi, tiap usaha, akan diberkati,
manusia
hidup dan mati, moga menjadi insane mithali.'
Sebahagian daripada jihad kami melalui nasyid. (:
Hari Maulidur Rasul ini adalah sambutan menyambut kelahiran
Rasulullah SAW kita. Birthday baginda, and kali ini birthday dia berdekatan
ngan birthday masihi aku. *angkat2 kening. Haha. But actually it's different,I was
born on 3rd Jamadil Akhir 1409, and him on 12 Rabi’ul Awwal tahun Gajah. Bersamaan
aku pada 11 Januari 1989 and him, 20 April 571 Masehi. Kalender Islam and
kalender biasa memang berbeza kerana kalender Islam punyai 354/355 hari setahun.
Kalau kalender masihi 365 hari setahun. Lebih kurang 10 atau 11 hari lebih hari
dari kalender Islam.
Banyak-banyak sirah
Nabi Muhammad SAW, yang paling aku mengkagumi zaman-kecil-kecil dulu ialah
sirah yang menceritakan hati Nabi Muhammad SAW dibersihkan dengan air zam-zam. Sesetengah
riwayat mengatakan Rasulullah dikejutkan malaikat Jibrail and Mika’il untuk
menempuh proses penyucian hati ini. Peristiwa ini berlaku kerana untuk membuang
keruh hitam daripada hati yang disebut ‘alaqah’, ketulan yang menjadikan tempat
syaitan membisikkan godaan dan menimbulkan perasaan was-was terhadap manusia. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Selepas
selesai dada dicantumkan, diletakkan Khatimun Nubuwwah sebagai cop kenabian
baginda.
Setiap kali sirah ni diceritakan oleh Ustazah atau para
penceramah, minda aku waktu itu terus bermain dengan laju sekali. And pasti aku
bygkan ada ambulance, ada bahan-bahan alat nak belah dada, ramai para malaikat
menolong semasa proses pembedahan and mereka buat pembedahan itu di sebelah
telaga zam-zam. Senyum saja aku bila aku mengingat kembali. (: Bila sudah
meningkat usia, aku faham keindahannya, jauh dari sudut minda untuk
membayangkan peristiwa mulia ini berlaku dan pasti aku tahu apa yang datang
dari Allah hanya yang indah-indah dan sempurna. Subhanallah.
Masih aku cemburu pada umatnya yang lain yang boleh
melihatnya dengan mata sendiri di alam duniawi. Insya-Allah, I will pray hard
to see you in Akhirah. (:
Walau apa pun, kemuliaan menjadi pedoman sepanjang zaman. Semoga
kita menjadikan sunnah nya sebagai amalan kita yang semestinya membantu kita
menempuh kehidupan yang lebih diberkati.
‘Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad.’ (:
No comments:
Post a Comment