Monday, January 13, 2014

Baginda

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar!
Sebelum meneruskan bacaan, lafazkan dahulu. Taw! :D

Goreng ayam sambil blogging? Kau hado? Hahaha. While waiting ayam digoreng, aku mengambil kesempatan ini untuk memblogging. Laptop di sebelah kiri sambil senduk pula di sebelah kanan. Erk? Hahaha. Kidding, aku take turn lah ngan rakan housemates yang lain. Oleh kerana menyambut Maulidur Rasul di rumah, kami bersetuju memasak nasi briyani. (:

Masa zaman kecik-kecik sumpah lah tatau apa maksud Maulidur Rasul ni, tapi yang aku paling lah tak suka bila sambutan ni jer comfirm org ejek-ejek aku. Tak pasal-pasal nama atok aku disebut n diejek. Haha. Biasa ah zaman sekolah rendah kan, yang pelik nya zaman dulu bila ingat semula bapak marah giler sapa ejek, skang kalau ingat semula gelak-gelak jer. Haha. Nama atuk aku Maulud, comfirm-comfirm lah kene ejek. Tipu lah aku cakap aku tak balas balik kan? Haha. Gadis Melaka kot! Haha.  Sape jer berani nak kacau. Haha.

Sambutan Maulidur Rasul masa zaman sekolah sangat meriah, nak-nak lagi time nak tunggu pertandingan nasyid. Pergh!! Haha. Tu favourite kami kot. Sebab kami suka melibatkan diri juga. And masih ingat lagi, kami baru Tahun 4, and kami menang! Haha. Excited pulak. J

'Agama Islam, din kekuatan, penuh dugaan, dan cabaran,
Nabi Muhammad insan pilihan, akhlak mulia jadikan pedoman,
Gunung iman berkatnya sabar, ................................................
Jauh diri dari sifat mazmumah, Moga hidup diberkati,
Percayalah kepada ilahi, tiap usaha, akan diberkati, 
manusia hidup dan mati, moga menjadi insane mithali.'

Sebahagian daripada jihad kami melalui nasyid. (:

Hari Maulidur Rasul ini adalah sambutan menyambut kelahiran Rasulullah SAW kita. Birthday baginda, and kali ini birthday dia berdekatan ngan birthday masihi aku. *angkat2 kening. Haha. But actually it's different,I was born on 3rd Jamadil Akhir 1409, and him on 12 Rabi’ul Awwal tahun Gajah. Bersamaan aku pada 11 Januari 1989 and him, 20 April 571 Masehi. Kalender Islam and kalender biasa memang berbeza kerana kalender Islam punyai 354/355 hari setahun. Kalau kalender masihi 365 hari setahun. Lebih kurang 10 atau 11 hari lebih hari dari kalender Islam.

 Banyak-banyak sirah Nabi Muhammad SAW, yang paling aku mengkagumi zaman-kecil-kecil dulu ialah sirah yang menceritakan hati Nabi Muhammad SAW dibersihkan dengan air zam-zam. Sesetengah riwayat mengatakan Rasulullah dikejutkan malaikat Jibrail and Mika’il untuk menempuh proses penyucian hati ini. Peristiwa ini berlaku kerana untuk membuang keruh hitam daripada hati yang disebut ‘alaqah’, ketulan yang menjadikan tempat syaitan membisikkan godaan dan menimbulkan perasaan was-was terhadap manusia. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Selepas selesai dada dicantumkan, diletakkan Khatimun Nubuwwah sebagai cop kenabian baginda.

Setiap kali sirah ni diceritakan oleh Ustazah atau para penceramah, minda aku waktu itu terus bermain dengan laju sekali. And pasti aku bygkan ada ambulance, ada bahan-bahan alat nak belah dada, ramai para malaikat menolong semasa proses pembedahan and mereka buat pembedahan itu di sebelah telaga zam-zam. Senyum saja aku bila aku mengingat kembali. (: Bila sudah meningkat usia, aku faham keindahannya, jauh dari sudut minda untuk membayangkan peristiwa mulia ini berlaku dan pasti aku tahu apa yang datang dari Allah hanya yang indah-indah dan sempurna. Subhanallah.

Masih aku cemburu pada umatnya yang lain yang boleh melihatnya dengan mata sendiri di alam duniawi. Insya-Allah, I will pray hard to see you in Akhirah. (:

Walau apa pun, kemuliaan menjadi pedoman sepanjang zaman. Semoga kita menjadikan sunnah nya sebagai amalan kita yang semestinya membantu kita menempuh kehidupan yang lebih diberkati.

‘Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad.’ (:

No comments:

Post a Comment